Dua pondan didenda RM3500 kerana tawar seks di Kuching, caj pelanggan RM250 semalam dengan bukti resit

KUCHING: Kondom, buku resit dan wang tunai berjumlah RM250 merupakan antara bahan bukti yang dirampas, ketika sepasukan anggota polis menahan dua pondan dan pelanggan lelaki mereka atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah hotel bajet di Jalan Song Thian Cheok pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan sekitar jam 9.40 malam itu, seorang lelaki dipercayai pelanggan seks dicekup dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya berpakaian ala wanita.

Semalam kedua-dua pondan tersebut mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menawarkan seks kepada lelaki terbabit, dan didenda RM3,500 atau penjara empat minggu.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Yunus Sahak.

Tertuduh dikenal pasti sebagai Hendra Hendry dari Lubok Antu, 18, dan Muhammad Effendy Zakariya,23, dari Kampung Batu Muda Kuala Lumpur.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud persundalan.

Ketika merayu untuk meringankan hukuman, kedua-dua tertuduh mendakwa mereka bertanggungjawab menanggung nafkah untuk keluarga dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mereka juga memohon diringankan hukuman dan mendakwa ia kesalahan pertama mereka. – Sarawakvoice

Comments