Samseng sangat ke awak tu? -Abdullah Saidol

KUCHING: Bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, yang kini Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hubungan Korporat), Abdullah Saidol, memuji tindakan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam membidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Pusat, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu Cukai Pelancongan 2017 kerana ia berkait tentang hak negeri.

“Raja kontroversi” itu dilihat terlalu angkuh dan sombong, hingga sanggup melabel menteri negeri yang setaraf dan sejawatan dengannya sebagai “setahun jagung”, ” tidak cerdik” dan “samseng” — sesuatu yang tidak dapat diterima rakyat Sarawak.

“Jangan beri alasan perkara ini terletak di bawah ‘Federal List’ macam itu sahaja (tanpa justifikasi kukuh).

“Selamilah sentimen semasa di Sarawak sekarang ini. Kedudukan Sarawak dalam Malaysia bukan seperti negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sindir Abdullah: “Kata dah lama jadi Menteri. Sebagai orang lama dalam politik dan pernah jaga Hal-Ehwal Undang-undang Persekutuan, tentu awak lebih arif!

“Oleh itu, jawablah (isu ini) dengan berhemah serta berilmiah. Lagi pun bulan puasa…bercakaplah dengan nada matang.

“Janganlah sombong sangat, hingga tiba-tiba melenting tidak tentu pasal.

Dengan sedikit emosi, Abdullah menulis: “Engkau ingat kita di Sarawak ini boleh dikotak-katik macam tu saja? Kenapa tiba-tiba cakap pasal “samseng” pula?

“Samseng sangat ke awak tu? Jangan fikir tahap samseng awak saja?

” Perangai ‘feudalism’ atau ‘kebangsawanan’ dalam kalangan orang politik seperti awak inilah yang membuat rakyat meluat dan menyampah dengan budaya politik dalam negara kita sekarang ini!, katanya lagi. – Sarawakvoice

Comments